Rabu, 23 Mac 2016

faktor-faktor kegemilangan dan kemalapan kerajaan Melayu Johor




KURSUS  PENGAJIAN  MALAYSIA DUB 1012 

TAJUK :  KEAGUNGAN KERAJAAN MELAYU JOHOR ADALAH KESINAMBUNGAN 
                  
                   KERAJAAN MELAYU MELAKA.FAKTOR-FAKTOR KEGEMILANGAN DAN  

 KEMALAPAN KERAJAAN MELAYU  JOHOR.

NAMA PENSYARAH : EN.MOHD NOOR ZAIDI BIN MOHD ZAWAWI 


                           NAMA AHLI
                      NO MATRIK
       SEBASTIANAA  A/P  SUNDRASAMY
                   02DLS15F2046
       INTUMATHY  A/P  SIVAKUMAR
                   02DLS15F2044
       SARATAH    A/P  SIWA MANI
                   02DLS15F2043
       YOSHINI   A/P  MUNIANDY
                   02DLS15F2045
  

     PENGHARGAAN                                                              
  Bersyukur kami kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kami menyempurnakan  tugasan yang telah diberikan kepada kami. Kami telah diberikan tugasan kerja kursus pendek bagi mata pelajaran Pengajian Malaysia.Kami dikehendaki mengkaji,meneliti dan mempersembahkan hasil kerja kami dalam bentuk penulisan.          
  
  Pertama kali, kami ingin mengalungkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Mohd bin Zawawi,Pensyarah Pengajian Malaysia kami kerana telah banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini. Beliau juga telah banyak berkongsi maklumat dan pengetahuan yang berguna bagi kami.

  Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa kami,walaupun berjauhan tetapi banyak memberi sokongan moral kepada kami sepanjang tempoh ini. Hal ini demikian kerana bagi mendapatkan  hasil yang baik kami perlulah menitikberatkan perihal emosi kami sepanjang kami menyiapkan tugasan ini, ibu bapa kami , sentiasa berada di sisi kami dan memberi dorongan kepada kami untuk terus berusaha.

  Ribuan terima kasih juga kepada rakan-rakan kami yang banyak berkongsi maklumat-maklumat berguna . Perkongsian anda sangat bermakna dan telah banyak meringankan beban kami dalam menyiapkan tugasan ini. Terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang tempoh ini.

  PENGENALAN

    Sejarah Johor sudah pun bermula pada tahun 801M sebagai suatu petempatan perdagangan yang penting. Semasa abad ke-14 kawasan itu menjadi wilayah Empayar Majapahit sehingga pemerintahan Kesultanan Melaka(1400-1511) yang mana negeri Johor menjadi pula salah sebuah jajahan pemerintahannya. Pada tahun1511,Melaka dikuasai oleh pihak Portugis dan Sultan Mahmud Shah,Sultan Melaka ketika itu melarikan diri ke Pahang dan kemudiaanya ke Bentan di Johor ditubuhkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II anankanda Sultan Mahmud Shah.Melaka pada tahun 1528 dimana wilayah jajahan yang diperintah oleh kerajaan ini ialah Johor,Riau wilayah yang terbentang dari Sungai Klang hingga ke Linggi dan Tanjung Tuan,Muar,Batu Pahat,Singapura,Pulau Tinggi dan pulau-pulau lain di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu serta Kebupaten Karimun, Bintan, Bulang, Lingga, Bungaran,Kota Baru, Kampar dan Siak di Sumatera.

     Pada tahu 1946, negeri Johor menjadi sebahagian daripada Malaysia Union.Dua tahun kemudian,Johor menyertai Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya perseketuan Malaysia pada tahun 1963.

KEGEMILANGAN KERAJAAN JOHOR

    Jajahan takluk Johor pada tahun 1641 ialah wilayah pantai barat Semenanjung Tanah Melayu, Klang, Singapura, Bentan dan Lingga. Menguasai Benkalis, Kampar, Siak, Kiang, Batu Pahat, Muar, dan Pahang. Faktor-faktor Johor mencapai kegemilangan ialah kecekapan sultan dan pembesar Johor mentadbir negeri, kemajuan dalam kegiatan perdagangan, perkembangan bidang persuratan.

JOHOR SEBAGAI PUSAT PERDAGANGAN

Johor menjadi tempat mengumpul pelbagai hasil perdagangan dan merupakan pelabuhan entrepot.Kapal dagangan Johor telah pun berdagang hingga ke Maluku dan Makasar.Pedagang asing yang datang berniaga di pelabuhan Johor antaranya ialah pedagang China dan Amoy dan kapal belanda dan Inggeris. Pada tahun 1685-1699,Riau menjadi pusat pentadbiran dan pelabuhan Johor.

FAKTOR KEMAJUAN PERDAGANGAN JOHOR

Kepelbagaiaan barang dagangannya.

               BARANGAN TEMPATAN
              BARANGAN LUAR NEGERI

Damar , tikar , bijih timah , sagu , minyak , lada hitam , pinang , ikan masin , garam , kayu gaharu ,dan beras.


Benang emas , kain , sutera putih , teh , barangan tembikar , dan tembaga dan China

Kemudahan di pelabuhan Johor seperti gudang dan khidmat membaiki kapal.Penggunaan mata wang emas dikenali sebagai mas, mata wang perak dikenali sebagai kupang, mata wang timah pula dinamakan katun, mata wang ini dibuat semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah II dan mata wang asing seperti Dolar Sepanyol, Dolar Mexico dan duit belanda turut digunakan.


SISTEM CUKAI



                          BARANGAN
                         NILAI CUKAI
             Setiap bahara lada hitam
             Enam keping  mas
             Setiap bahara timah            
            10 keping mas

 Kerajaan johor mengamalkan sistem naungan bertujuan bagi menjamin keselamatan pedagang asing dan pedagang asing dilindungi oleh Bendahara,Raja Indera Bongsu,Temenggung, dan Laksamana.Pearanan Orang Laut berperanan pengawal pelabuhan ,pengawas perairan Johor, penunda, dan penunjuk arah, bertugas mengumpul hasil hutan dan laut, menjadi pendayung kerajaan dan taat kepada sultan sejak zaman Kesultanan Melaka.

GEOGRAFI


Pelabuhan Johor terlindung daripada tiupan angin monsun. Johor juga menjadi pintu masuk di bahagian selatan Selat Melaka.Johor juga dapat mengawal lalu lintas kapal dagang dan Brat Timur.Pusat membuat kapal persisiran pantai. Contoh kapal ialah seperti baluk,kolek,pencalang, dan pencacap.Jaminan keselamatan dan kemudahan yang disediakan.




KEMALAPAN KERAJAAN JOHOR


Kegemilangan kerajaan Johor mulai malapan apabila berlakunya persenaketaan di kalangan pembesar dan sultan.Terdapat empat faktor utama yang menyebabkan kemalapan Johor iaitu Perang Johor-Jambi.perebutan kuasa.penglibatan Bugis dalam pemerintahan Johor dan pengaruh Syarikat Hindia Timur Belanda(V.O.C).

Perang Johor-Jambi

Jambi yang terletak di pantai timur Sumatera merupakan iaiahan takluk Johor.pada pertengahan abad ke-17.Jambi muncul sebagai sebuah kuasa politik dan ekonomi yang baru di Selat Melaka.Jambi mula menyainai Johor dalam kegiatan perdagangan dan berusaha mendapatkan kebebasan daripada Johor.

         Dalam usahanya itu, Jambi telah meminta bantuan Belanda untuk menyerang Johor.Peperangan ini bermulapada tahun 1670. Pada tahun 1673,Jambi sekali lagi menyerang Johor Lama dan BatuSawar.Peperangan ini telah menjejaskan perdagangan Johor.Sultan Abdul Jalil Riavat Shah III berundur dan bersemayam di Pahang mulai tahun 1677.Baginda berbuat demikian kerana pada masa itu Johor tidak lagi selama untuk diduki.Keadaan ini menyebabkan beberapa iaiahan akluk Johor berusaha mebebaskan diri daripada pengaruh Johor.

         Walaubagaimanapun,Laksamana Tun Abdul Jamil telah menyelamatkan Johor daripada terus merosot.Beliau dapat mengalahkan Jambi dengan bantuan askar upahan Bugis pada tahun 1679.Setelah mengalahkan Jambi beliau dianugerahi gelaran Paduka Raia.Laksamana Tun Abdul Jamil amat berkuasa sehingga anak-anaknya dilantik memegang jawatan kanan dalam kerajaan Johor,seperti Temenggung , Sri Biia Diraja. dan Sri Amar Diraja.


Perebutan Kuasa


        Laksamana Tun Abdul Jamil merupakan pembesar yang berpengaruh di Johor. Beliau juga merupakan seorang panglima perang yang gagah dan berani. Laksamana Tun Abdul Jamil mengambil alih tugas Bendahara sebagai pelantik dan pemangku raja pada tahun 1623. Pada tahun 1677, Laksamana Tun Abdul Jamil telah melantik menantunya menjadi sultan Johor dengan gelaran Sultan Ibrahim Shah.

        Pengaruh dan kuasa Laksamana Tun Abdul Jamil tidak disenarai oleh Bendahara Tun Habib Abdul Majid semasa melantik Sultan Mahmud Shah II yang berusia sepuluh tahun menjadi Sultan Johor pada tahun 1685. Anaknya iaitu bekas permaisuri Sulatan Ibrahim Shah dilantik sebagai pemangku raia. Bendahara Tun Habib Abdul Majib yang sepatutnya menjalankan tugas sultan berasa tidak pusa hati.

        Persenketaan antara kedua-dua pembesar ini telah menjejaskan kestabilan politik negeri Johor.Apabila Bendahara Tun Habib Abdul Majib meninggal dunia.Anaknya, Tun Abdul Jalil dilantik menjadi Bendahara Johor.


PEREBUTAN TAKHTA


       Sultan Mahmud Shah II dianggap sebagai seorang Sultan yang zalim. Kezaliman tersebut menyebabkan baginda dibunuh oleh pembesar. Peristiwa ini dikenali sebagai Sultan Mahmud mangkat diulang.

        
         

KESIMPULAN


  Menjelang awal abad ke-19, Johor menjadi lemah dan berpecah. Perebutan kuasa antara pembesar telah menimbulkan kacau-bilau dan melemahkan Johor.Selain itu,campur tangan kuasa luar dalam pemerintahan Johor juga telah menimbulkan pelbagai masalah yang akhirnya menyebabkan kejauhan kerajaan Johor.Oleh yang demekian kita sewajarnya mengambil ikhtibar daripada kemerosotan dan kejatuhan kerajaan Johor supaya peristiwa ini tidak akan berulang lagi.


LAMPIRAN









1 ulasan:

  1. citizen eco drive titanium watch - iTanium Arts
    EcoVision. T-10. T-10. T-10-20. T-10. T-10-20. T-10-20. T-10-20. titanium nose hoop T-10. T-10-20. T-10-20. T-10-20. T-10. T-10-20. T-10-20. T-10-20. titanium bmx frame T-10-20. T-10-20. T-10-20. T-10-20. T-10-20. titanium lug nuts T-10-20. T-10-20. T-10-20. T-10-20. T-10-20. T-10-20. T-10-20. T-10-20. titanium alloys T-10-20. T-10- apple watch 6 titanium

    BalasPadam